kasihnya aku bak matahari,
terbitnya dia waktu subuh,
sekadar memberi sinaran permulaan hidupku,
udaranya nyaman bak kasihku segar dihatinya,
aku terfikir betapa kasihnya aku padanya,
teriknya dia waktu tengahari,
bak sang suria sedang menyuburkan tumbuhan dimuka bumi ini.
begitu juga kasihku yang sedang tumbuh mekar dihati ini,
tapi kadang-kadang teriknya juga membuatkan daun menjadi layu tidak terperi,
seperti kasihku yang boleh menjadi terlalu menyakiti.
dan aku terfikir kasihnya untukku atau untuk disakiti.
malapnya dia di waktu petang,
ibarat sinaran semakin pudar dan kusang,
walaupun mataharinya cantik ketika dia mula tenggelam,
tapi cantiknya hanya sekejap sahaja kerana ia memberi kegelapan kepada alam,
seperti aku juga kasihku kepada manusia lama-lama menjadi kusam,
dan bakal diganti dengan kasih yang bakal datang.
aku pun terfikir lagi betulkah kasihku sudah pergi.
hilangnya dia diwaktu malam,
tiada cahaya yang dapat menyuluh dalam kegelapan malam,
seperti kasihku yang hilang dari hidupku yang malang,
ibarat hati penuh dengan memori kosong,
itulah kasihku kepada makhluk yang bergelar manusia.
akhirnya aku terfikir kasihku kepada manusia adalah sementara,
daripada kasiku kepada yang AGUNG.
Tuesday, October 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment